cinta vs perkahwinan

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya…

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya…?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun…?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta…

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan…?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini….?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya…

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan…….

tamat….
==============

Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

Comments

rhizopoda in my stomach????

arini ( 2 september 2009) merupakan ari keramat bg aku….sbb umo aku  genap 22 thun…Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan oleh Allah s.w.t. tuk berpijak di bumi ciptanNya.

Pagi tadi, aku ade microteaching….aku kuatkan diri walaupun dlm perut aku ni hanya Tuhan yang tahu….dah dua kali aku ke toilet pagi tadi… aku tak tahu ape yang x kena ngan diri aku ni…nk kata salah makan, hurm…entahla…sahur tadi pun aku makan roti ngan air coklat je…Alhamdulillah, sepanjang aku dok depan tuk microteaching, perut aku x meragam sngat…

Belah petangnya, aku ke kelas genetik…lagi skali, perut aku memulas…dan aku tanpa buang masa, terus ke toilet tuk kali ke 3….huhu…lepas kelas genetik, aku ke kelas mikrobiologi plak….mase tgh tunggu lecturer datang, perut aku sakit lagi…dan ini kali ke 4 aku ke toilet…

Dlm kelas mikrob, Dr Wan sebut pasal rhizopoda….”rhizopoda ni sbnrnya sjenis protozoa yang boleh menyebabkan cirit birit pada manusia…rhizopoda  ade pada ayam yang tak dimasak dengan baik”….then, aku terfikir….semalam, aku beli ayam masak kicap dengan sayur goreng….mungkin gak la ayam tue x masak dengan elok….hurm…rupa2nya, ade rhizopoda dlm perut aku…..

as the moral value, lain kali kalu nk beli makanan, kena ati2….jgn pakai taram je..huhu…

Comments

akak aku kawen…

tanggal 30 hb julai 2009, akak aku yng sulung selamat diijabkabulkan.. Alhamdulillah, semuanya bjalan lancar….aku ingt mmg x bleh nk balik umah mase tue…ye ar, kelas aku penuh tuk ari khamis ngan jumaat tue…lagipun, akak aku nikah gantung jer…x wat kenduri lagi…bulan 11 ni Insyallah bru wat kendurinya…tapi btul la kata pepatah, kita merancang, tapi Tuhan yang menentukan…kerana H1N1, upm ditutup selama seminggu….kira ade hikmah gak la H1N1 tue…bleh aku tgk akak aku kawen…mjlis tue simple tapi penuh makna buat family aku…ni la kali ptama dpt “org baru”….

perkahwinan akak aku ngan abang ipar aku, abang fairus sbnrnya di atur oleh family aku. diorng x penah kenal pun sblum ni….mak sedara aku yang kenalkan diorang…Alhamdulillah, perkenalan diorang selama lebih kurang 7 bulan akhirnya sampai ke jinjang pkahwinan. mungkin bagi sesetengah org, agak ortodoks bile pasangan hidup kita adalah pilihan mak bapak dan bukannya plihan ati kita sendiri…tapi bagi aku, aku x nmpak di mana ortodoknya…same je mak ayah pilih atau kita pilih sendiri…kalau Tuhan dah tetapkan seseorang tue sbg jodoh kta, dia tetap akan jadi jodoh kita…x kirala mcn mana cara kita jumpa dia…melalui mak ayah atau kita yang cari sendiri.

semoga perkahwinan kakak aku ngan abang fairus akan kekal hingga ke akhir hayat…Amin..x sabar rasenya nk dapat anak sedara…huhu…pasni, giliran akak aku yang no 2 la plak…pastu, aku..hak3….

Comments

burn kelas kerana spsang kasut

Bismillah

Tibe2 jer tergerak ati aku nk tulis blog arini. Pagi tadi aku ade kelas subjek pengujian dan penilaian kat fakulti pendidikan. So, aku kena la pakai la baju kurung, ye ar nanti kan x pasal2 plak kena sound free ngan lecturer. “kamu kan bakal guru, kenalah tunjuk gaya sbgai seorang guru” huh, lbh kurang cm tue la

Erm, balik pada citer. Akuu pun pegi la masuk kelas tu. pas tandatangan, kelas pun bersurai. Lecturer x dtg. RA dia explain kat kitaorg pasal kelas tue. Wat penat jer aku iron baju kurung. Kelas x sampai pun sejam

pas kuar kelas, mmbr aku (kema n yani) ajak aku g mines. Pergh, cm best jer.hehe. Kitaorg pun rempitla pegi mines ngan bju kurung. Peduli la. Malas dah nk tukar bju.

sampai jer kat mines, kitaorg masuk kedai kasut. Hehe, aku yang mintak diorg temankan aku pilih kasut. Ye ar, aku dah x de kasut nk masuk lab nanti. huhu. aku dah berkenan kat satu kasut ni,. Cm biasa ar, pattern yang aku suka, flat n simple. Kema n yani x kasik aku beli kasut tue. Dioarg suh aku belik kasut tumit tinggi. .Uish, x penah2 aku pakai kasut cmtu. Pas kena brain wash ngan diorg, aku pun setuju la ckp diaorg. Beli kasut tumit tinggi. Bkn aku x tetap pendirian, tapi ape yang dioarg ckp tue ade btulnye..Sem depan aku dah kena praktikal kat sekolah. So, mmg kena pakai high heel. Baik aku practice awl2. X de la aku terpeleot dpn students nanti. Wat malu jer

pas beli kasut, kitaorg jalan2 tgk selendang. Aarini tasya, fariza n ja pakai selendang g kelas. Aku??? Erm, x terbukak lagi pintu ati nk pakai benda tue. Cm susah jer. Nk kena belit2. Nanti x pasal2 terbelit tengkuk. Sape susah??? Pas beli barang, kitaorg makan kat McD. X sangka jumpa fariza n timah, budak kosmate aku kat situ. Diorag pun pakai bju kurung g mines. Pas makan, kitaorg masuk giant jap. Jumpa plak si tasya, zai, sifah n ja. Cam reunion plak. Kema punye la borong barang dapur kat giant tue. Nk wat cmne, baru beli rice cooker kan. Haha

kitaorg sampai kolej dlm kul 3.30 ptg. Memandangkan kelas kitaorg kul 5 ptg, aku decide nk tido jap. Penat sei jalan2 kat mines tue. Dah set jam dah nk bangun kul 4.30 ptg. Aku pun landing la atas katil. Tup2, aku sedar jam DAH PUKUL 5.30 PTG. Aisee….TUANG KELAS LA AKU ARINI. Huhu, kerana spsang kasut,  kelas aku burn. Rase bsalah giler. Huhu.

Comments (2)

Perjuangan di Kulim..

Arini aku nk bcerita tentang kisah hidup aku mase alam matrik plak…..bg aku, blaja kat kolej mara kulim banyak tinggalkan kenangan walaupun hanya setahun je aku bertapak kat sane. Matrik aku ni lain dari yang lain…sbb kitaorg under MARA…so, makan ditanggung, ade dobi lagi…2 kali seminggu…sesuke ati nk antar bnyak mane pun baju….hehe…suasana kat matrik x ubah macam kat MRSM aku dulu…so, bagi aku, x de masalah nk sesuaikan diri kat situ…cuma aku mula2 tue rase janggal gak..sebab aku kena tinggal dlm dorm dan bukannya bilik….satu dorm ade 28 org…..dan aku la org yang ke 28 tue…dorm tue dibahagikan kepada kiub plak…satu kiub 2 org…x de pintu….mmg open giler ar….kalu aku boring2, aku suke je jalan tgh2 antara kiub tue, tgk member2….pastu lepak kat kiub diorng..huhu….dorm aku tue namanya DORM TABAH…mmg sesuai la sngt…katil aku paling dekat ngan pintu tandas…huhu….

Kat matrik aku tue mmg cikgu (nama panggilan tuk lecturer kitaorg)  jaga sangat pergaulan antara laki n pompuan…siap ade ceramah agama 2 kali seminggu…ari rabu tuk semua, ari jumaat tuk pompuan saje…semua wajib datang…dewan makan diasingkan antara laki dan pompuan….asrama pompuan ngan laki mmg jauh giler ar…mmg x berpeluang tuk aktiviti skodeng…hehee

Dalam kuliah, aku ni jenis yang x bnyak ckp….huhu…tambah plak aku dok dlm aliran hayat….mmg skema ar sikit…kuliah aku tue x sampai 60 org pun….tutorial dalam 12 org jer…mmg cikgu2 dah hafal la perangai sorang2….yang paling menakutkan aku mase kelas biologi….cikgu aku tegas giler….pernah dia baling buku teks member aku sbb x wat latihan…huhu…scary….tapi kerana ktgasan cikgu tue la yg mendorong aku tuk score subjek tue…huhu…dan aku akan ingt sampai bile2 nama cikgu tue…sbb nama dia sejibik cm nma aku…CIKGU ZURAIDAH….

Kenangan aku mase blaja kat sane masih segar sampai sekarang….biarpun hari yang berlalu seringkali melekakan aku dengan tanggungjawab yang terpaksa aku pikul, namun aku sesekali x kan pernah melupakan gelak tawa dan tangisan  yang menjadi sahabat perjuangan aku di Kulim…..terima kasih buat semua warga Kolej Mara Kulim especially member2 seperjuangan aku, BIBIK, ANI, MUMU, TIMAH & JIHAH…love u all….muahhhhhhhhhhh

Comments

zaman lepas sekolah plak…..

hurm…pas tamat je SPM, aku lepak kat umah kejap….pastu, aku kena lapor diri kat Kem Latihan Khidmat Negara kat Ulu Pari, Rembau, N9. kat situ, aku bkenalan ngan sorang member aku ni….nama dia wani..tapi kitaorg panggil dia embun je….sbb dia suka berkemban cm watak umi aida dlm filem embun tu….haha…aku rapat ngan dia pun sbb dia dok sblh katil aku je…sebulan pertama dok kat PLKN ibarat setahun lamanya..bkn pe, aku bosan blaja pasal kenegaraan…..tambh plak dapat group yang pasif….huhu…lagi la aku ngantuk….masuk bulan kedua, aku rase seronok plak….

kat situ la aku blaja mendisplinkan diri…bangun seawal kul 5.30pg…..solat subuh berjemaah, pastu kawad kaki kul 6.30pg….mmg nk beku aku mase kawad kaki tue…maklumla kat kawasan tue kawasan berbukit…mmg sejuk gilerrr….pas kawad kaki, breakfast ramai2…..pegi kelas….lunch….petang2 ade aktiviti riadah plak….

teringat satu ari tue, jurulatih kitaorg ajar kitaorg berkayak….aku ape lagi, excited ar nk naik kayak tue…..dan partner aku sape lagi kalu bukan embun….erm…memandangkan berat badan embun tue 3 kali lebih berat dr aku, akhirnya kayak kitaorg x bergerak langsung….asyik berpusing kat tempat yang same je….hahaha…mmg lawak plak biler teringtkan zaman PLKN dulu…

bile tibanya hari terakhir kat PLKN, aku tgk ramai giler member2 aku yang nangis…aku pun turut serta la..bkn pe, walaupun 3 bulan je kitaorg bersama, tapi ukhwah tue aku dapat rase sampai la sekarang….biarpun bnyak kenangan manis dan juga pahit sepanjang aku jalani latihan kat sane, aku tetap bsyukur pada Tuhan….kerana memberi ruang dan peluang tuk aku belajar sesuatu dalam memperbaiki diri aku ni ke arah yang lebih baik…hehe…

Comments (1)

SEKOLAH….OOO…SEKOLAH..part 2

Abis je sekolah rendah, aku sambung blaja kat SMKKK1…..kenangan kat sekolah tue x banyak sngt bg kesan pada diri aku…mugkin sbb aku aku x lama sngt kat situ…dari form 1 sampai la form 3…..tambah plak aku x de sumber ilham kat sekolah tue…huhu

naik tingkatan 4 aku sambung blaja kat MRSM Kuala Berang, Terengganu…first time dlm idup aku dok jauh dr family…..kat situ lah aku kenal erti berdiri di atas kaki sendiri….huhu…aku bersyukur dpt msuk kat sekolah tue…sbb kat situ la  naqibah2 selalu tegur kitaorg tentang solat, pergaulan dan aurat. kirenya dr situ aku jadi baik cikit…hehe…

Comments (2)

SEKOLAH OOO….SEKOLAH…

seawal umur 6 tahun sehinggalah sekarang….aku masih lagi bergelar seorang pelajar..kadang tue aku jemu dengan status tue….x sabar rasenya nk melangkah ke alam kerja…hadapi cabaran yang baru….melalui situasi baru…huhu…..tapi aku tahu semua tue x semudah yang aku sangkakan….pastinya cabaran d alam kerja nanti jauh lebih dasyat dari ape yang aku alami sekarang…..

teringat aku sewaktu d zaman persekolahan…..aku mula mengenal ape itu A B C di tadika kemas kg tgh, kluang Johor….blum sempat aku abis blaja kat situ, family  aku kena pindah balik kelantan….pastu, mak n ayah anta aku kat tadika kemas kg pulau hilir…aku x ingt sngt kenangan mase tadika….mungkin sbb mase tue aku kecik sngt….memori mase tue x besar lagi..haha…

Bile masuk sekolah rendah, mak n ayah anta aku kat SKKK1…dekat jer ngan umah aku….dari drjah 1-5 aku pegi naik van sekolah….pastu, biler naik darjah 6, ayah belikan aku basikal…bermula dr situ la……kulit aku makin gelap…huhu….mane x nye….ari2 kena panas….erm…tapi aku tetap bersyukur…..terima kasih ayah tuk basikal tue…

kenangan mase sekolah rendah mmg x kan pernah luput dr kotak ingatan aku….especially mase aku darjah 6….dtg awl2 pagi…kul 7 dah turun dr umah….cium tgn mak ayah….naik basikal pagi2 buta…..bile sampai sekolah…amik duty sbb aku dulu pengawas sekolah….blaja smpai kul 1 ptg…kadang2 kul 3 sbb blaja ngan kawan2..tapi aku rase x blaja sngt pun…main je bnyak…maklumla mase tue kanak2 riang lagi….petang2 dtg latihan bola jaring…malam kelas tambhan….mmg pack jadual aku mase drjah 6 dulu…tapi aku epi…sikit je mase aku kat umah…tambah plak ade seseorang yang jadi sumber ilham aku mase sekolah dulu…..lagi la aku suke dok kat sekolah dr dok umah…haha..

bile teringat balik sume tue, aku terfikir…zman sekolah aku jauh sngt berbeza ngan zaman sekolah bdk2 skg…cmne la nanti aku nk hadapi student yang latar belakang diorg x same cm aku dulu…huhu

Comments (4)

Assalamualaikum….

Hari ini merupakan hari yang bersejarah dlm idup aku….cmne entah tergerak ati aku tuk wat blog ni….mula2 ku pk nk wat lepas dah settle multimedia projek aku…tapi memandangkan ‘peristiwa sejarah’ pg tadi, aku nekad nk tulis blog gak…x kire…huhu….

ape2 pun…aku harap peristiwa pg tadi x berulang lagi dlm idup aku…sedih giler….

Comments (3)

Hello world!

Welcome to Friendster Blogs. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!

Comments (2)