Perjuangan di Kulim..
Arini aku nk bcerita tentang kisah hidup aku mase alam matrik plak…..bg aku, blaja kat kolej mara kulim banyak tinggalkan kenangan walaupun hanya setahun je aku bertapak kat sane. Matrik aku ni lain dari yang lain…sbb kitaorg under MARA…so, makan ditanggung, ade dobi lagi…2 kali seminggu…sesuke ati nk antar bnyak mane pun baju….hehe…suasana kat matrik x ubah macam kat MRSM aku dulu…so, bagi aku, x de masalah nk sesuaikan diri kat situ…cuma aku mula2 tue rase janggal gak..sebab aku kena tinggal dlm dorm dan bukannya bilik….satu dorm ade 28 org…..dan aku la org yang ke 28 tue…dorm tue dibahagikan kepada kiub plak…satu kiub 2 org…x de pintu….mmg open giler ar….kalu aku boring2, aku suke je jalan tgh2 antara kiub tue, tgk member2….pastu lepak kat kiub diorng..huhu….dorm aku tue namanya DORM TABAH…mmg sesuai la sngt…katil aku paling dekat ngan pintu tandas…huhu….
Kat matrik aku tue mmg cikgu (nama panggilan tuk lecturer kitaorg) jaga sangat pergaulan antara laki n pompuan…siap ade ceramah agama 2 kali seminggu…ari rabu tuk semua, ari jumaat tuk pompuan saje…semua wajib datang…dewan makan diasingkan antara laki dan pompuan….asrama pompuan ngan laki mmg jauh giler ar…mmg x berpeluang tuk aktiviti skodeng…hehee
Dalam kuliah, aku ni jenis yang x bnyak ckp….huhu…tambah plak aku dok dlm aliran hayat….mmg skema ar sikit…kuliah aku tue x sampai 60 org pun….tutorial dalam 12 org jer…mmg cikgu2 dah hafal la perangai sorang2….yang paling menakutkan aku mase kelas biologi….cikgu aku tegas giler….pernah dia baling buku teks member aku sbb x wat latihan…huhu…scary….tapi kerana ktgasan cikgu tue la yg mendorong aku tuk score subjek tue…huhu…dan aku akan ingt sampai bile2 nama cikgu tue…sbb nama dia sejibik cm nma aku…CIKGU ZURAIDAH….
Kenangan aku mase blaja kat sane masih segar sampai sekarang….biarpun hari yang berlalu seringkali melekakan aku dengan tanggungjawab yang terpaksa aku pikul, namun aku sesekali x kan pernah melupakan gelak tawa dan tangisan yang menjadi sahabat perjuangan aku di Kulim…..terima kasih buat semua warga Kolej Mara Kulim especially member2 seperjuangan aku, BIBIK, ANI, MUMU, TIMAH & JIHAH…love u all….muahhhhhhhhhhh